Pada 20 Disember 2010 (11.45 pagi ), sebuah kemalangan telah berlaku di KM 15, Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai yang telah melibatkan sebuah bas persiaran 2 tingkat. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa 27 penumpang yang kebanyaknnya merupakan pelancong dari Thailand.
Bas persiaran 2 tingkat tersebut merupakan milik San Express Holiday, membawa 37 orang pelancong dari Thailand, 3 orang rakyat Malaysia iaitu pemandu bas, pembantu pemandu bas dan pemandu pelancong.
Bas itu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit yang menyebabkan bas tersebut terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam 1 meter.
Bas persiaran 2 tingkat tersebut dikatakan bertolak dari Cameron Highlands dalam pukul 11.00 pagi menuju ke KLIA untuk menghantar rombongan pelancong pulang ke Bangkok.
|
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit |
|
|
Pasukan penyelamat membantu mangsa yang tercampak |
|
|
|
Keadaan bas yang tertanggal bumbung |
|
Keadaan belakang bas |
|
|
|
|
Mana perginya tayar bas?. |
|
Mangsa yang tercampak ke tengah jalan |
|
|
|
Sumber
No comments:
Post a Comment