Tuesday, December 28, 2010

Kereta Terbaru PDRM


Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sering dilihat menggunakan Mitsubishi Evo 10 kini telah menambah beberapa jenis model kereta termasuk Kia Forte,Toyota Camry dan pelbagai lagi ke dalam pasukan mereka. 








Wednesday, December 22, 2010

Tasik Darah??

Pernah tengok lautan darah?.. Sudah pastinya jika ada, baunya memang fuhh !!. Baru-baru ini, sebuah tasik merah seluas 6 hektar ditemui di Pagar Alam, Sumatera Selatan.

Tasik tersebut terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu. Kawasan tersebut terkenal dengan tempat peninggalan bersejarah seperti candi.






Dikatakan air tasik ini jernih ketika dicedok dengan tangan walaupun permukaan tasik itu berwarna merah

Tunggang Singa

Sebut sahaja pasal singa, pasti ramai yang berasa gerun dan takut untuk mendekatkan diri dengan haiwan tersebut. Apatah lagi untuk menunggangnya seperti kuda.

Namun seorang pemuda di Afrika Selatan cukup gemar untuk menunggang di belakang seekor singa jantan.







Kevin Richardson, seorang penjinak singa di taman Dunia Singa Putih mengatakan beliau boleh bermalam bersama haiwan itu. Dia juga turut memelihara cheetah, harimau bintang dan dubuk




Sumber

Tuesday, December 21, 2010

Stena Line

Stena Line ialah sebuah syarikat perkhidmatan feri yang beroperasi di Eropah. Ia telah mula beroperasi semenjak tahun 1962.

Antara feri-feri yang terdapat dalam perkhidmatan adalah :

Stena Line Explorer






 

Stena Line Explorer berlabuh di Dun Laoghaire, Dublin, Ireland 

Kapasiti penumpang : 1500 
Kapasiti kenderaan : 300
Kelajuan : 40 knots
Kos pembuatan 65 Juta Pound 
Panjang : 127 m
Lebar : 40 m 


Antara kemudahan yang terdapat dalam Stena Line Explorer ini adalah Restoran Makanan Segera, pusat membeli-belah, bilik perbincangan, pusat permainan video dan banyak lagi. 

Di bawah terdapat beberapa gambar feri yang lain. 


Stena Adventurer


Stena Baltica


Stena Vision







Kemalangan Di Simpang Pulai

Pada 20 Disember 2010 (11.45 pagi ), sebuah kemalangan telah berlaku di KM 15, Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai yang telah melibatkan sebuah bas persiaran 2 tingkat. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa 27 penumpang yang kebanyaknnya merupakan pelancong dari Thailand.

Bas persiaran 2 tingkat tersebut merupakan milik San Express Holiday, membawa 37 orang pelancong dari Thailand, 3 orang rakyat Malaysia iaitu pemandu bas, pembantu pemandu bas dan pemandu pelancong.

Bas itu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit yang menyebabkan bas tersebut terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam 1 meter.




Bas persiaran 2 tingkat tersebut dikatakan bertolak dari Cameron Highlands dalam pukul 11.00 pagi menuju ke KLIA untuk menghantar rombongan pelancong pulang ke Bangkok.


Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit


Pasukan penyelamat membantu mangsa yang tercampak


Keadaan bas yang tertanggal bumbung

Keadaan belakang bas



Mana perginya tayar bas?.

Mangsa yang tercampak ke tengah jalan





Sumber

Sunday, December 19, 2010

Ketahui Jantina Laptop



Anda tahu apakah jantina laptop anda?. Lelaki atau perempuan?.. Jantan atau betina?.. Ikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk mengetahui jantina laptop anda. Ianya sangat mudah.

Langkah pertama :

Buka notepad. Kemudian copy perkataaan/koding di bawah dan paste ke dalam notepad yang dibuka tadi.

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"




Langkah Kedua :

Kemudian, klik pada file dan pilih kekunci "save as". Namakan kepada love u.vbs dan pada kekotak "save as type", pilih All Files. Akhir sekali klik bata bebutang save di bahagian bawah kanan .


Adalah lebih baik jika pilih destinasi Desktop untuk menyimpan file ini kerana lebih mudah dicari. Setelah selesai langkah di atas, cari ikon yang tertera seperti di bawah : 


Klik pada ikon tersebut dan dengar pada speaker sama ada suara lelaki atau perempuan yang terhasil. Besarkan volume untuk mendapatkan bunyi yang lebih jelas. Suara yang kedengaran itu merupakan jantina laptop anda.

Selamat mencuba !!



Proton Saga FL (facelift) 2011

Baru-baru ini Proton baru sahaja melancarkan Saga edisi baru yang dinamakan Proton Saga FL (Facelift ). Proton Saga FL telah mengalami sedikit pengubahsuaian dan modifikasi dari model keluaran sebelum ini yang lebih dikenali senagai Proton BLM.




 Pandangan Hadapan



Pandangan Belakang


Antara bahagian yang diubah dari model sebelum ini ialah cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu isyarat LED, lampu bahagian depan yang dahulunya hanya ada 2 mentol, sekarang dilengkapi 3 mentol


 Cermin sisi yang dilengkapi lampu isyarat LED



Lampu bahagian hadapan yang kelihatan "garang"



Lampu bahagian belakang (LED)


Pengubahsuaian pada bumper depan dan belakang, lampu, spoiler telah menjadikan Saga FL kelihatan lebih "sporty" dan "garang". Sesuai untuk golongan muda. Spesifikasinya sama dengan model BLM. Saga FL dikeluarkan dengan 2 warna baru iaitu Blue Rock dan Cafe Latte.